Cita Si Aku
7:37 PM | Author: Pelaut

Bintang yang dipanggil nujum,
ditamsilkan seperti ulama',
Jika didindingi awan gemawan,
maka sesatlah musafir kelana.
Balaghah metafora yang terkandung di dalam sabda ini,
(yang kufikir bukanlah balaghah hiperbola untuk menyedapkan sastera)
telah membawa aku ke dataran sahara,
Di situ kulihat, dunia yang amat mengerikan aku.

Berada di dunia bahasa ibunda,
Peribahasa Melayu mengungkap kata-kata si tua berhikmah,
"Cikgu bagaikan dian"
Mencairkan diri sebagai sumber cahaya.
Kerdilnya menyumbang jasa,
Meninggalkan budi yang tidak mati dikambus tanah.

Aku memasang aspirasi di lubuk sekeping daging,
Lalu memperdengarkan bisikan nurani itu kepada Tuhan nurani,
Jadikan aku antara bintang-Mu,
Penunjuk kepada alam musafir,
Jadikan aku antara dian-Mu,
Menghanguskan diri demi reda-Mu.

T-kah, Asmaa', Nor D , dan Daa Zek,
Juga Yan-t serta Syair,
Sajak ini menggambarkan impianku,
Moga kita adalah bintang-bintang yang di dalam sabda itu,
Demi kewujudan generasi Islam.

Teman deligasiku,
Puisi ini menceritakan harapanku,
Moga kita adalah dian di dalam kata bidalan itu,
Demi kemunculan generasi Islam.

Dinda Zaidah dan Kanda Sarinah,
Karya ini melambangkan citaku,
Moga kita adalah pelita hidup bonda kita,
Demi mewujudkan usrah Islamik.


Hadiah bersempena dengan Aidil Fitri 1424 H

Ulama'-ulama' 2004
9:42 AM | Author: Pelaut

Maaf andai puisi ini tidaklah puitis.
Ampun jika sajak ini tidak dibajak di tanah sastera yang subur.
Maaf dan ampun jika makna-makna suratan ini tidak tersirat.
T-kah Dato’ Harun,
Juga Asmaa’ puteri ke-2 beliau,
Gelaran anugerah diraja si ayah tidak dapat dipusakai.
Oleh itu, kuasai dan warisilah kewibawaan ulama’ ayahanda kalian.
Nor-D anak adik si Dato’ Harun,
Kau dari keturunan nasab politik Islam,
Dan telah tersedia untukmu jadual dan rutin harian sebagai ulama’.
Moga dirimu menjadi srikandi muslimah yang berdiplomasi.
Syair Syahdu, Daa Zek, Yan-t, Deq Ku, Na, dan Mardhiah,
Kalian pilihan terpilih untuk dipilih,
Sama ratakan duduk kalian dengan kedudukan orang lain,
Sama tinggikan sentimeter ketinggian kalian dengan ukuran ketinggian orang lain,
Walaupun fizikal kalian tidaklah begitu.
T-kah, Asmaa’, Nor-D, dan Daa Zek,
Juga Yan-t serta Syair,
Moga kita bagaikan beliung dengan asahan,
Dan moga kita bagaikan kata-kata moyang Melayu kita yang berbunyi:
"Bertemu beliung dengan ruyung".
Dinda Zaidah dan kanda Sarinah,
Kita dari rumah yang sama, sebumbung pada setiap selangan dua tahun.
Kemudian, kita terpisah dek cita-cita ayahanda bonda,
Demi mengumpulkan diri-diri kita ini di bawah bumbung politik tanahair yang satu.
Buat teman baru kami,
Ct Syariati; dari Negara jiran yang dulunya anak beranak tanah Melayu.
Semoga manis pertemuan kita ini berpunca daripada gula dari balang yang satu itu.
Demikian itu, moga kita dipertemukan kembali di dalam jar yang sama.
[Amin…]
Buat pendengar Ikhwah dan Akhawat,
Amiruddin Hamzah; tokoh muda dalam pilihanraya kecil dun Anak Bukit berkata:
"Jemaah yang tidak mahu kepada reformasi akan reput dan menjadi fossil kepada persekitaran yang pantas berubah. Dan hanya yang naïf sahaja yang boleh ditipu musuh."
Hadirin dan hadirat,
Ada fakta yang cuba disembunyikan,
Dibuang oleh sejarawan pencatat hari kebangsaan,
Jom kita ketahui akan fakta tersebut:
KOTA BAHRU, AUGUST 23RD 2004- Even with the denials of the secularists, the fact is that scholars play a great part in gaining freedom for the country from the colonists.
A member of Pasir Mas Parliament, Ustaz Ismail Nuh, said the efforts of raising awareness in the public towards the demand for independence of the country were initiated by the scholars.
"The scholars had an earlier realisation of the fact that they had to work towards demanding independence and freedom from the clutches of the colonists. These movements take place in most countries that have Muslims as the majority members of its population." he says here.
He also says that scholars arise to encourage duties or tasks which involved striving, which are clear and concrete.
According to him, the movements demanding for independence in Egypt and in Indonesia were initiated by scholars.
In Malaysia, the movement demanding for independence was initiated with the formation of Hizbul Muslimin. This was under the leadership of Dr Burhanuddin al-Helmi.
[petikan daripada www.harakahdaily.net dan diterjemahkan oleh Ct Syariati]


Dibacakan di atas pentas oleh pengkarya sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali yang ke 47, 2 September 2004.
Pelaut di Laut
9:11 AM | Author: Pelaut
Pelaut

Gelombang buih itu terlalu besar,
memecah ganas kesepian alam yang sunyi.
Geloranya didengari deria dengar,
bertempo muzik menggerunkan raja jasad yang bertakwa.
(mahukah anda memuat turun nada dering ini?)

Gulungan ombak itu,
rupanya adalah seorang tok guru.
Walaupun tidak bertauliah, dia merupakan seorang guru yang mengalahkan sebatang dian.
Dia mengajarkan langkah silat berani, membenihkan benih kepahlawanan diri.

Ilmu itu diperturunkan dengan wang pengeras berbentuk abstrak; kecekalan.
Dengan jasanya, jadilah muridnya itu nelayan singa.

Sebagaimana tunjuk ajar telunjuk tuan gurunya,
Nelayan singa itu benar-benar bagaikan mempunyai sepasang taring keberanian.
Tajamnya mengalahkan belakang parang yang diasah.
Dia benar-benar berani.
Berani menempah liang dengan penggali lahad,
dan berani menempah tiang dengan pembuat nisan,
Segalanya demi nilai pasaran kilogram ikan yang hukumnya halal untuk dihadamkan oleh usus perut.
Empunya falsafah berkata:
"Laut yang bergelora ganas itu melahirkan pelaut yang berani"
Cikgu sastera menerangkan:
"Ini adalah kata-kata puitis berfalsafah kepada jumlah mufidah yang berikut;
Ujian adalah laut,
Manakala insan yang diuji Tuhan itu adalah pelaut"